adlybtseri's FotoPage

By: Adly Btseri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 29-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Keluarga baru kami.....

Moga kekal dan bahagia ke akhir hayat...amin..
2 mak, 2 abah....
Abang, kakak dan adik....
View all 6 photos...
Alhamdulillah....

Majlis akad nikah, resepsi kedua-dua belah pihak dah selamat dijalankan...malam 29 Disember tu, ada jamuan sedikit di rumah keluarga suami..untuk merapatkan hubungan kekeluargaan yang baru di bina ini... (almaklumla, masa kenduri semua sibuk melayan tetamu yang ramai, takde masa nk borak sesama besan...nasib baik dua dua famili orang Perak, so takde wujud sebarang masaelah dalam berkomunikasi... )

Menu malam tu sedap, yang pastinya lauk utama selaku orang Perak mestilah tempoyak...terangkatttt....

Kak Emy (thephotographers) tetap datang dan tolong ambil gambar...salute betul cara mereka memberikan perkhidmatan kepada pelanggan...


Monday, 29-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Resepsi Pihak Lelaki

Restoran Nelayan, Titiwangsa
Ketibaan Pengantin..
Makan beradab (tak kenyang daa...)
View all 9 photos...
Majlis resepsi pihak lelaki dijalankan di Restoran Nelayan, Titiwangsa. Ramai juga yang datang..maklumla dekat area kl je..senang orang nak datang. Ramai juga jemputan kali ni yang tak kenal (yelah, ni kan kenduri keluarga pihak lelaki)...

Kenduri belah lelaki takde pelamin, sebab dah buat di belah perempuan..jadi kami cuma ada makan beradab bersama tetamu-tetamu vip...

Pakaian kali ni kami pilih songket tradisional.. memang teringin dari dulu nak pakai baju kebaya songket dan alhamdulillah, cari punya cari kami jumpa juga baju dan warna yang kami berkenan sangat-sangat...Tapi datang pula problem lain iaitu eksesori songket kebanyakan berwarna emas, (masalahnya baju kami corak timbul benang perak)...jarang ada warna silver ....nasib baik lah kak nor tokeh kedai sanggup pergi cari dan beli baru untuk disewa oleh kami...best best...dan kebetulan pakaian kami sangat sesuai dengan lokasi majlis iaitu restoran nelayan yang bercirikan ala-ala melayu..jadi banyak gambar menarik dapat dihasilkan...(puas hati betul dengan servis kak emy, ayie dan kawan-kawan yang sudi menjadi jurugambar pro sepanjang majlis di kedua-dua belah pihak)...

Alhamdulillah...segala penat lelah berbulan-bulan preparation telah selesai, yang pasti lega ialah mak abah kedua-dua pengantin melihat anak mereka berkahwin dalam majlis yang cukup sempurna...satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan memang terasa raja sehari lah!


Saturday, 27-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Penyatuan 2 Jiwa

Ianya bermula di sini...
Lup,Dup! ... Lup..Dup! (jantung 2 injap)
Seutas Gelang
View all 9 photos...
Alhamdulillah...

Setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-dua belah keluarga pun bersetuju...kami disatukan pada pagi 27 Disember 2008 dengan lebih dari sekali lafaz...(ada masalah teknikal sikit)

Majlis persandingan pun berjalan lancar dan lewat petang hari tu, hujan turun dengan lebatnya, nasib baik dah selamat ambik gambar outdoor... Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang hadir, minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat melayan sangat sebab ada yang datang masa tengah bersiap, masa tengah makan beradab, tengah bersanding dan masa tengah ambil gambar, cuma boleh senyum dan angkat kening tanda terima kasih (jadi raja sehari ni asyik kena kontrol je, nak ketawa pun lebih nanti apa pulak orang cakap...kadang-kadang buhsan jugak, tak sabar nak tunggu petang, time tu dah boleh start borak-borak dengan orang, nk boleh gerak sana sini, kalau tak asyik berkepit dengan suami dn bunga di tangan )

Penat juga urusan kahwin-kahwin ni, persediaan perlu di buat awal, survey sana sini, duit terbang sana sini, beli barang sana-sini, membazir sana sini..selisih pendapat, gaduh merajuk semua perkara yang biasa dihadapi oleh pasangan yang nak berkahwin...(yang lain tak tau la, tapi kami ni ada juga la selisih pendapat, nasib baik tak takde yang teruk sangat la...setakat tarik muka 14 je )

Apa yang penting perancangan kena teliti walaupun last minit ada je yang tak kena..and last but no least, money! money! money!... walau pun duit bukan segalanya, tapi still duit memang penting dalam kehidupan kita, right!

Apapun, semua berjalan lancar...sekarang ni kami membina keluarga baru, apa yang kita lakukan kena fikirkan pasangan yang kita berkongsi hidup, semua perlu dikongsi bersama susah dan senang... dan doakanlah bahtera yang kami bina ini kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia hendaknya...Insya-Allah


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net